Redha

Assalamualaikum.

Wahai diriku,

Tahu tak kenapa kau tak bahagia? Bermuram durjana jer?

Tahu tak kenapa kau sentiasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain?

Betapa cantiknya mereka, pandainya mereka, popularnya mereka…

Sebab kau tak pernah bersyukur apa yang ada

Kalau boleh, semua benda yang kau nak kena dapat waktu sekarang jugak

Itu mustahil.

Kau rasa ada ke kejayaan datang bergolek-golek tanpa usaha? Tak, bukan?

Kau kena redha. Hidup kau macam ni. Kau selalu bosan sebab setiap buat benda yang sama.

Masalahnya kau sendiri tak nak usaha nak buat sesuatu yang menyeronokkan hati kau.

Setiap hari tidur, makan, internet. Kau pun jemu dengan benda yang sama.

Kau nak jalan-jalan, tangkap gambar, show off kat orang. Adakah ini sebab utama kau nak jalan-jalan? Sebab kau cemburukan tengok orang lain berjalan-jalan, tangkap gambar lepas tu dapat banyak likes bila post kat media. Ini kan sebenarnya kau nak? Kau nakkan perhatian kan? Kau kena fikir, kalau betul kau nak jalan-jalan, buatlah sesuatu sebab kau nak gembirakan hati kau, bukan orang lain.

Tapi, dalam situasi lain, kau kena faham, kau beria nak jalan-jalan tapi kau kena faham keadaan orang lain yang kena bawa kau jalan-jalan. Orang lain kerja, kau bersenang-lenang duduk rumah. Bila nak cari kerja, kau malu. Kau punya krisis di mana kau malu hendak berhadapan reality dan komuniti. Kau tak senang bila orang tengok kau buat kerja, nanti tak menjadi.

Kau kena redha, bersyukur, dan kena lakukan sesuatu perkara bukan untuk tagih perhatian orang. Tengoklah bila kau berharap gambar kau disukai ramai tapi tak pun, kau kecewa. Kenapa nak berharap pada manusia? Manusia tak bagi kau apa-apa pun. Kau kena sedar, perhatian manusia tak penting. Hari ni kau memang boleh dapat perhatian orang tapi sampai masanya kau boleh jer ditinggalkan. Jangan mudah terlalu percayakan kebaikan orang tapi janganlah pula bersangka buruk.

Kau suka buat benda yang mahu orang tertarik dengan perbuatan kau. Contohnya, demi kawan, kau sanggup buat macam-macam. Tapi, bila sampai masa kau minta didengari, dikasihi, macam mana layanan diorang kat kau? Kau sendiri kecewa, terasa. Lepas tu, mulalah reka angan-angan dalam minda bagaimana cara nak tarik perhatian diorang, cara nak balas balik perbuatan diorang. Kau sendiri salah sebab kau terlalu mengharapkan perhatian orang. Orang tak ada nak kisah sangat pun.

Bersyukurlah menjadi diri kau. Kau sebenarnya boleh jadi seorang yang hebat tapi kau sendiri tak jadi diri sendiri kau seba kau malu. Takut terserlah perangai buruk kau. Takut dikritik orang. Kau harus faham, kalau dah hidup dengan manusia, kritikan takkan terlepas. Macam kau tak pernah kritik orang? Kau kena faham, jangan tergesa-gesa, jangan mudah tersinggung. Berfikirlah positif, barulah kau boleh happy seadanya.

Sekian.

Ujian

Alhamdulillah, syukur aku masih diberi peluang untuk hidup.

Actually, banyak benda menimpa aku. Bagi orang lain, ujiannya tak nampak besar. Tapi, bagi aku, ia melibatkan perasaan. Ingat senang nak kawal emosi?

Aku diuji kesabaran, kemarahan, kesedihan, semangat yang makin menurun, macam-macamlah. Dan paling besar, aku diuji ketakutan dan kegelisahan.

Sepatutnya, sebagai umat Islam kita perlu berasa tenang, bukan? Tapi, aku, macam-macam aku risaukan, macam-macam aku takutkan. Aku makin dah tak mengerti diri aku sebenar. Benda yang sekecil-kecilnya pun aku boleh rasa gelisah dan takut.

Aku jadi kurang yakin terhadap diri aku. Sampaikan halangan yang kecil pun aku rasa takut. Memanglah ujian eh, syaitan kan suka menakut-nakutkan kita dan membuat hati kita tak tenteram.

Bila aku berdoa kan, tiba-tiba satu persoalan timbul dalam benak pemikiran aku. “Kau nak apa sebenarnya?” Tiba-tiba, doa aku jadi tak lancar. Sebabnya, aku mula terfikir, “betulkah ini yang aku nak?” “Kenapa aku tak berdoa bersungguh-sungguh kalau betul aku nak?” Aku tiba-tiba jadi keliru.

Mudahnya kan aku biarkan nafsu menguasai diri aku. Terlalu mudah sampai menyebabkan aku mula terfikir keinginan aku yang sebenarnya. Dah tu, aku jadi tak yakin. Inner conflict aku semakin parah. Ketakutan aku menjadi-jadi apabila nak bergaul dengan manusia. Aku jadi kurang peramah, bermasam muka dan berkerut dahi. Kemarahan semakin meluap-luap.

Ya Allah…. kadang-kadang aku terfikir, kenapalah senang sangat aku biarkan nafsu menguasai aku. Nafsu yang suruh aku buat jahat. Aku jadi tertekan kesudahannya. Aku juga menghadapi masalah apabila nafsu inginkan apa yang aku tak ada. Sedikit-sebanyak aku turutkan. Nampak tak nafsu mengajar aku erti tak bersyukur???!!

T_____T Aku nak menangis. Kenapa aku lemah sangat?

Aku jadi pendiam, terlalu banyak menung memikirkan pelbagai perkara yang tak munasabah. Hal yang kecil menjadi masalah. Nampak tak nafsu mengajar aku dan memberi aku rasa cemas yang mendalam? Aku jadi takut. Takut manusia, takutkan cabaran.

Aku berusaha melawan nafsu. Nafsu bukan emak aku untuk dituruti perintahnya. Aku cuba membuat perkara yang AKU sepatutnya buat, bukan nafsu yang nak. Aku cuba membuat perkara yang berlawanan dengan nafsu. Kuat tak kuat sahaja penentunya. Aku masih lagi manusia. 😥