Ujian

Alhamdulillah, syukur aku masih diberi peluang untuk hidup.

Actually, banyak benda menimpa aku. Bagi orang lain, ujiannya tak nampak besar. Tapi, bagi aku, ia melibatkan perasaan. Ingat senang nak kawal emosi?

Aku diuji kesabaran, kemarahan, kesedihan, semangat yang makin menurun, macam-macamlah. Dan paling besar, aku diuji ketakutan dan kegelisahan.

Sepatutnya, sebagai umat Islam kita perlu berasa tenang, bukan? Tapi, aku, macam-macam aku risaukan, macam-macam aku takutkan. Aku makin dah tak mengerti diri aku sebenar. Benda yang sekecil-kecilnya pun aku boleh rasa gelisah dan takut.

Aku jadi kurang yakin terhadap diri aku. Sampaikan halangan yang kecil pun aku rasa takut. Memanglah ujian eh, syaitan kan suka menakut-nakutkan kita dan membuat hati kita tak tenteram.

Bila aku berdoa kan, tiba-tiba satu persoalan timbul dalam benak pemikiran aku. “Kau nak apa sebenarnya?” Tiba-tiba, doa aku jadi tak lancar. Sebabnya, aku mula terfikir, “betulkah ini yang aku nak?” “Kenapa aku tak berdoa bersungguh-sungguh kalau betul aku nak?” Aku tiba-tiba jadi keliru.

Mudahnya kan aku biarkan nafsu menguasai diri aku. Terlalu mudah sampai menyebabkan aku mula terfikir keinginan aku yang sebenarnya. Dah tu, aku jadi tak yakin. Inner conflict aku semakin parah. Ketakutan aku menjadi-jadi apabila nak bergaul dengan manusia. Aku jadi kurang peramah, bermasam muka dan berkerut dahi. Kemarahan semakin meluap-luap.

Ya Allah…. kadang-kadang aku terfikir, kenapalah senang sangat aku biarkan nafsu menguasai aku. Nafsu yang suruh aku buat jahat. Aku jadi tertekan kesudahannya. Aku juga menghadapi masalah apabila nafsu inginkan apa yang aku tak ada. Sedikit-sebanyak aku turutkan. Nampak tak nafsu mengajar aku erti tak bersyukur???!!

T_____T Aku nak menangis. Kenapa aku lemah sangat?

Aku jadi pendiam, terlalu banyak menung memikirkan pelbagai perkara yang tak munasabah. Hal yang kecil menjadi masalah. Nampak tak nafsu mengajar aku dan memberi aku rasa cemas yang mendalam? Aku jadi takut. Takut manusia, takutkan cabaran.

Aku berusaha melawan nafsu. Nafsu bukan emak aku untuk dituruti perintahnya. Aku cuba membuat perkara yang AKU sepatutnya buat, bukan nafsu yang nak. Aku cuba membuat perkara yang berlawanan dengan nafsu. Kuat tak kuat sahaja penentunya. Aku masih lagi manusia. 😥

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s