Apa nak Jadi

Assalamualaikum dan selamat petang.

Aku rasa semakin kurang keyakinan diri dan sentiasa mengharapkan orang lain untuk buat keputusan untuk aku. AKu rasa macam budak budak lagi perangai aku. Aku langsung tak matang, manja pulak tu. Aku selalu berubah-ubah sikap aku dan selalu underestimate orang. Nauzubillah minzalik. Kenapalah aku cam ni? Aku dah nak masuk 20 tahun tapi perangai aku still macam budak-budak. Malas nak fikir, malas nak selesaikan sesuatu masalah tu, mudah tersinggung bila orang berkata padahal ia sesuatu yang amat kecil, mudah mengharapkan pertolongan orang lain dalam menyelesaikan masalah aku yang tak seberapa.

Aku pun tak ramai kawan yang rapat. Sekadar kawan biasa dan aku takut nak hidup keseorangan. Macam, kalau nak pergi library aku tak nak sorang-sorang. Aku tak nak orang fikir aku ni loner. Aku sentiasa menjaga hati orang sampai sanggup menipu, tapi bila fikirkan balik, perhatikan balik, ada orang tu jaga hati kita? Tak ada. Mereka jujur menyuarakan apa yang tersembunyi di dalam hati. Aku pulak, sempat fikir, patutkah?, baikkah?. Sampaikan orang dalam kesusahan, aku sempat fikir, patut ke aku tolong? Kalau orang cakap aku baik macam mana? Sudahnya, aku tak tolong sebab lambat sangat decide. Padahal, kalau dah benda baik, mestilah tak yah fikir panjang. Aku terlalu memikirkan kata orang. Yang positif pun ada, yang negatif pun ada.

Aku jeles bila tengok kawan rapat aku ada ramai kenalan, mana dia pergi semua orang tegur atau dia tegur dulu. Haiiii~~~~~ Aku cemburu sebab aku tak ada kebolehan dalam berkomunikasi dengan orang. Tapi, bila aku seorang diri, aku berani pula cakap dan itulah diri aku yang sebenar. Aku rasa malu sangat dengan diri ni. Dahlah markah statistik constant je 4/10. Dua kali dah. Aku rasa ni memang kifarah untuk aku yang telah menzalimi diri sendiri. Aku rasa malu sangat. Bilalah aku boleh dapatkan kekuatan untuk menjadi diri sendiri tanpa memperbodohkan diri aku dengan menjadi orang lain bila aku berhadapan dengan orang.?? ? T_T

tumblr_miaj7scm5x1qh2809o1_500