Aku benci betul bila orang terlalu mengejar harta dunia, kuasa, dan kekayaan tambah tambah lagi pemimpin. Bukan apa, diorang pemimpi, sepatutnya memimpin rakyat ke jalan yang benar dan memudahkan hidup rakyat. Bukannya leka mengejar dan menunjukkan siapa yang lebih berkuasa. Allah Maha Berkuasa lah, tak payah nak kejar kuasa sangat. Kau tu manusia, sekali rap Allah boleh buat apa sahaja tak kiralah kau siapa. KAU TETAP MANUSIA, kau tu dicipta, bukannya kau buat diri kau sendirt.

Yang kau kecoh sangat nak kejar kuasa buat apa!! Habis semua benda kau nak sapu, aku bukan cakap kat seorang pemimpin jer, tapi semua manusia termasuk aku. Aku pun pemimpin jugak, pemimpin terhadap diri sendiri, diri sendiri yang membawa sama ada lembah yang hina atau ke pintu yang bercahaya. Tapi, dalam terms aku sedang cakap ni adalah pasal pemimpin yang tamak duit dan tanah. Semua benda nak dihapuskan. Suka lah kau kan kalau rakyat hidup susah. Semua benda rakyat kena tanggung, di manakah kemanusiaan weh!! Kita, manusia, hidup sama-samalah. Tambah tambah lagi, kita sesama Islam lagi lah patut bersama-sama. Janganlah bongkak, tak perlulah double standard.

*Kalau ada typo, lantak, aku tulis masa rabun, spek takdak .

AKu geram kalau orang leka sangat nak kejar kekayaan. Nak kejar tak apa, tapi beragak lah. Aku lagi sokong kalau Melayu, Islam berniaga. Tak kisahlah kedai kau buruk ke kecil ke aku tetap support sebab mereka saudara aku, nanti lama-lama nanti besarlah perniagaan diorang. Amin. In Syaa Allah, nak kejar dunia boleh tapi bahagikan sama rata dengan akhirat. Duit kekayaan tu pandai-pandailah bahagi untuk diri sendiri, keluarga dan saudara saudara kita yang susah ni. Allah bagi seseorang tu kaya bukan untuk dirinya sendiri tapi untuk kita semua berkongsi sama rata. Barulah, daripada situ wujudnya dan terjalinnya ukhuwah. Barulah nampak nilai Islam di situ sebab masyarakat sudah dibiasakan dengan amalan sedekah dan membantu antara satu sama lain.

Aku selalu berharap macam ni, In Syaa Allah, suatu hari nanti akan aku usahakan. Tapi, memang betul juga nak terbitkan nilai ukhuwah tak semestinya perlu jadi kaya dulu. Yang penting bersederhana dalam setiap perkara. Itu jer. Wallahu’alam.