Pagi Yang Indah …

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejuknya pagi ni! Indahnya pagi ini! Kalau hari kerja aku dah tidur dah waktu ni! Sebab setiap hari aku tidur 1-2 jam jer disebabkan leka menghadap sosial media. Bapak tak best, melagha jer kerjanya. Non stop main fon padahal benda sama jer setiap hari. Ikutkan hati aku malas nak hadap instagram sebab instagram sekarang penuh dengan pengguna-pengguna yang cantik lagi hoootttzz! INI SEMUA POYO! Aku tak insecure cuma aku memuji ciptaan Allah yang cantik-cantik belaka ni. Aku malas nak kutuk2 ni, takdo pekdah kek den! Tu sebab aku just stalker  jer diorang tapi aku tak like sebab nanti bila kat explore, penuh dengan gambar-gambar hotttzzzzz diorang… Make up tutorial, haul haul what ever! Tak dengki, cuma menyatakan kebenaran jer. Aku banyak like gambar travel, nature, charity, baru tahu sikit benda pelik yang berlaku kat luar.

Mereka-mereka yang cantik ni boleh memberi inspirasi kepada pengguna yang lain untuk jadi macam dorang, contohnya, pakai turban, pakai tudung tapi just nak tutup leher jer, baju dah labuh seluar pulak ketat nak mapuh. Nampak macam judge kan? Eh, tak lah, aku cakap benda yang berlaku kepada kebanyakkan orang, bukannya sorang duorang. Di mananya aku menilai. Aku menilai pemakaian, aku bukan menilai apa yang diciptakan Allah. hmmm 🙂 Sekarang ni pulak trend pakai turban tapi nampak telinga, nak bagi nampak anting-anting. Terfikir jugak dan tertanya-tanya, kenapa diorang suka ikut trend ha? Tanya jer, takkan nak melenting kot. Ikut trend tu boleh tapi.. hmmm… sendiri fahamlah. Agama bilang macam ni, hang buat lagu tuww. Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Masing-masing dah baligh, boleh fikir dah mana baik mana buruk.

Aku tahu, sebenarnya, (ni baru aku nak judge ni), pemakaian diorang je macam tu tapi hati diorang sebenarnya baik. Aku dapat nampak, diorang tak nampak sombong dan always happy go lucky, life full of positive vibes!!! waaaaa… Tapi pemakaian diorang je sangat melanggar hukum. Hati orang, tak leh nak judge pon sebab itu kerja Tuhan. Jangan nak memandai, aku cuma think positive jer pasal dorang ni. Hati dorang baik, pemakaian je tak berapa elok. Gitu jer. ><

Aiishshhh… Kadang kadang malas dah nak on instagram sebab asyik nampak dorang jer. Hahhaha. Takde orang lain ke. Okey, at least aku tahu, ohhh giniii trend masyarakat sekarang. Tak adalah nanti bila kuar rumah, culture shock! Tetiba tengok, apa dah jadi ni!!? Tapi, ini tak bermaksud aku redha dengan cara pemakaian diorang. Aku pun tak berani pakai macam tu.

Okeylah. Apa lagi, bangun! Kemas rumah, berapa hari lagi nak raya. Orang datang raya ka, tak datang raya ka, suka hati diorang. Ini semua melibatkan sikap individu. Jom bersih rumah sekarang!!! ><

 

#peringatan untuk diri sendiri jugak!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s