Mimpi Di Pagi Hari

Terlihatnya satu dunia yang pelik di mana realitinya kita di dunia sebenar ini adalah berhamparkan tanah tetapi, dunia yang dilihatkan bertanahkan lautan yang membiru, menenangkan dan sangat jernih. Ramai penduduk di situ tinggal dalam rumah yang terapung-apung dan sangat sedikit sekali penduduknya. Tiba-tiba, ada sebuah rumah ni yang memiliki tuan rumah yang hensem. Dia kelihatan seorang yang panas baran dan ego. Suatu hari, datanglah seorang perempuan yang berperwatakan seperti seorang bibik dan dia sangat memerlukan pertolongan. Dia meminta pertolongan kepada lelaki tersebut dengan penuh terdesak. Pada mulanya, lelaki tersebut menolak untuk menolong perempuan tersebut dan memandangnya dengan jelik sekali. Tetapi, beberapa minit selepas itu, lelaki itu merentap lengan perempuan itu masuk rumahnya.

Sejak dari hari itu, perempuan itu mula bekerja sebagai orang gaji lelaki tersebut. Tanpa disedari, kasih sayang yang entah datang dari mana mula tersemai dalam hati tersebut. Lelaki itu mula kasihan dan berat tatkala hendak melepaskan perempuan tersebut. Lelaki itu kelihatan keseorangan, pendiam dan menyendiri. Jadi, dia memerlukan perempuan itu sebagai temannya. Buat pertama kalinya dia memerlukan seorang teman dalam hidupnya kerana sebelum ini, dia sudah biasa hidup berseorangan dalam egonya.

Perempuan itu cuba beramah mesra dengan jiran-jiran berdekatan. Setelah sekian lama, perempuan itu mula rasa dikhianati apabila pelbagai cerita buruk tentang dirinya disebarkan oleh jiran-jirannya. Sejak itu, ramai yang menjauhi dirinya. Lelaki yang membantunya pun sudah mula dihinggapi kemarahan kerana dia sendiri merasakan seolah-olah dikhianati pula oleh perempuan itu. Perempuan itu merayu-rayu, meminta simpati supaya diberikan masa untuk tinggal di situ. Dan, aku pun terjaga. Sekali imbas, rupa perempuan tu macam dalam drama korea Secret Love. Kehkehkeh!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s