SubhanAllah, cantiknya malam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malam ini sangat indah berlatarbelakangkan taburan bintang-bintang yang tidak henti-henti berkelip. Ada juga dari kejauhan terserlah kemerahannya. Aku suka sangat waktu malam yang dipenuhi bintang. Pernah waktu dulu, sewaktu arwah abah hidup, aku senyap-senyap keluar rumah dan baring atas halaman rumah yang berbatu sambil mengadap bintang. Takut juga kalau abah nampak. Dulu, taburan bintang amatlah banyak, penuh satu langit. Ya Allah, cantik sungguh keindahan alam ini. Kalau aku ada kamera yang P900 yang boleh zoom besar-besar tu, dah lama aku tangkap gambar dah! Tak tahu macam mana nak describe kecantikkan bintang-bintang menyinari malam ini, hanya dengan gambar saja boleh diterangkan.

Kadang-kadang aku terfikir, aku seorang yang belum cukup pengetahuan sains, jadi, aku just terfikir apa yang aku teringin nak tahu. Terfikir juga, bumi ni, bila di luar angkasa, angkasawan melihatnya bulat. Tetapi, aku, penduduk bumi merasakan bumi ini rata je. Sebab, pada waktu malam, bintang-bintang yang berjuta-juta jaraknya kita boleh nampak hanya dari bumi ni sahaja, hanya dengan melihat atas langit sahaja. Cuma, waktu siang saja ia tak muncul. Ia diganti pula dengan sinaran matahari yang juga berjuta-juta jaraknya tetapi masih boleh kelihatan di bumi. Jadi, maksud aku, kita yang duduk di bumi ini boleh lihat ape2 je di luar bumi. Kalau kita lihat waktu siang, baru aku merasakan bumi ini bulat sebab langit menjadi warna biru ditemani awan-awan putih yang berarak. Eh!??? Entahlah. Alam cakerawala ini sungguh menakjubkan.

Pernah bercita-cita untuk menjadi memiliki profession sebagai seorang yang boleh mengkaji alam ini tetapi aku sendiri tidak tahu apa jenis bidang dan kerjanya. Sudahnya, aku hanya bercita-cita mahu menjadi saintis. Dan, aku tak pastilah sama ada aku layak atau tidak untuk menjadi saintis sebab aku mengaku, walaupun kat Universiti aku ambil kos kimia industri, tapi bab sains aku tak berapa pandai sangat. Walaubagaimanapun, satu kesedaran menampar aku apabila aku mengambil masa berfikir sekejap. Allah sendiri katakan apa yang aku benci tak semestinya buruk untuk aku. Setakat ni, aku agak menyesal bila dapat masuk UMP bidang kimia industri sebab aku tak percayakan diri aku yang boleh buat atau tak. Inilah perkara yang aku benci, tapi, pasti ada hikmahnya di sebalik semua kebencian ini. Tatkala roommate aku mengatakan yang bidang aku ini adalah untuk saintis, waktu itulah aku tersedar sesuatu. Allah sedang menunjukkan aku jalan untuk menjadi saintis. Bermakna, aku boleh jadi saintis, suatu hari nanti, IN SYAA ALLAH!!! ><

Aku cuma memerlukan kata-kata positif, motivasi yang memberi semangat dan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Tak lupa juga untuk berusaha, berdoa dan bertawakal. Dan, aku sendiri kena ubah sikap aku sering mengulangi kesilapan yang sama.

Walaubagaimanapun, aku tak nafikan malam ini memang hening, sunyi, angin yang segar dan sangat cantik. SubhanAllah!!! Dan malam juga merupakan waktu paling sesuai untuk berbicara dan bermunajad kepada Allah SWT. Cuma, apa yang menjadi lemahnya adalah jika iman kita lemah, tidak mahu bangun malam; lebih suka tidur tenggelam dalam selimut dan bantal2. Ya Allah, aku cuba, aku cuba.

tumblr_n918thrthi1rsadwno1_500

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s