Perhiasanmu Perhiasanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terus terang aku straight to the point. Ini adalah perkara yang asyik berlegar dalam kepala otak aku ni berkaitan umat sekarang.

Seriously, pandai sungguhlah orang kafir menjatuhkan kita. Adakah diorang belajar bersungguh2, terbitkan produk yang megah hanyalah untuk melihat umat Islam tersungkur? Tak tahulah, rancangan orang kafir ni pelbagai. COC, dubsmash, music.ly, instagram tu semua sebenarnya satu platform untuk membuatkan diri kita bermegah-megah

 

Tengoklah instagram, betapa ramai perempuan mula menonjolkan perhiasan mereka, cara mereka berpakaian, alat make up pelbagai, tutorial make up pelbagai… Ye ye, mereka tidak berhias untuk dapatkan perhatian lelaki. Ye, mereka tiada niat seperti itu, tetap juga dapat perhatian lelaki sebab lelaki bukannya buta.  Kadang-kadang, kita dikaburkan dengan alasan semua itu untuk bisnes. Bisnes pun bisnes tetapi perlu ke sampai melanggar syariah?

 

Kadang-kadang aku terfikir, aku duduk sendirian, kita semua ni berbeza fizikal dan mentaliti. Hati kita pun berbeza juga. Tetapi, fizikal dan mental kita adalah pinjaman Allah. Cantik tu boleh bawa ke mana sahaja. Hensem tu boleh bawa ke mana sahaja. Tapi, hati kita bagaimana. Maksud aku macam ni, macam orang Korea buat pembedahan plastic. Sebelum ni, gemuk. Lepas tu, kurus. Hati tetap sama sebab dia adalah orang yang sama, yang berubah fizikalnya sahaja. Jadi, apa yang aku nak sampaikan, Cantik ke tak cantik, pandai ke tak pandai, hensem ke tak hensem, kalau kita tak pandai kawal hati daripada melakukan maksiat, semua yang disebut tadi, fizikal dan mental tak membawa maksud walaupun kita ubah sebaik mungkin. Akhirnya sekali, semua itu hanya pinjaman semata-mata. Yang cantik/hensem bila dah tua nanti mereput jugak. Tapi, hati? Kalau hati yang baik itu tak berubah, maka tidak menjadi masalah. Aku bukan kata tak pakai tudung kalau hati baik pun tak apa. Itu bukan pointnya. Hati, kalau dah berkeadaan baik, terpaut pada Allah, akhirat, orang itu pasti akan mentaati perintah-Nya.

 

Tapi, kita masih lagi ingin memuja seseorang yang sangat cantik, yang sangat hensem, yang sangat kaya. Menjadikan inspirasi boleh tapi tak perlu bagitau orang betapa memuja nya engkau terhadap manusia itu. Sampaikan manusia lain yang hanya membuat teguran sedikit pun, kau dah tak nampak teguran tu, kau nampak manusia yang cantik, kaya, hensem, megah itu. Selagi mampu kau backup hanya dengan alasan positif, “jangan dengar, kak/abang, itu semua dengki, bangsa kita memang macam ni!” Ya ya, itu satu komen yang positif tapi orang yang menegur tadi adalah untuk kebaikan. Ya, nak tegur personally. Tapi, macam mana nak tegur personally kalau dah orang tu beribu followers, beribu jugak yang masuk DM, rasa-rasa teguran itu diabaikan atau tidak? Tak tahu.

 

Lagipun, tak salah memberi nasihat. Ramai orang anggap pemberi nasihat itu sempurna imannya, seorang pendengki yang tak boleh tengok orang lain senang. Jadi, orang yang ditegur itu sempurnakah sampaikan tak boleh ditegur atau…. dia merasakan dirinya terhina, oleh itu dia berasa sedih dan mula block orang? Pemberi nasihat tak pernah menghina, bersyukurlah mereka menegur cara baik. Nak tengok ceramah agama bukannya selalu dapat tengok sebab kita semua sibuk dengan duniawi, hatta, sampai nak tidur sekalipun. Dunia tak pernah jauh daripada kita, semuanya indah belaka.

 

 

 

Cara fesyen perempuan sekarang ni pun dah macam zaman vintage dulu, tahun 70-an, 80-an, pakai tudung bawal/crepe tapi belit takat leher je, pakai tudung sampai nampak rambut depan, pakai turban bagi nampak dada, yang tak pakai tudung tak tahulah nak cakap apa, urusan Allah soal hidayah semua. Nampak macam menilai kan? Tapi, ini berdasarkan apa yang aku nampak dan perkara ni pun dilakukan oleh kebanyakkan manusia. Bukan seorang dua orang manusia. Nak terasa pun, nak buat macam mana. Diorang yang peragakan imej macam tu, dan terang lagi bersuluh imej tu tak menepati syarak Islam. Simpanlah kecantikkan itu untuk suami. Tak perlu bermegah, show off, bagitahu orang yang kau ada semuanya. Alhamdulillah, Im happy for you. -__-

 

Kuatkan pengaruh fesyen? Hari ini keluar, besok seluruh wanita umat Islam mencuba fesyen tersebut. Pantas betul syaitan menghasut kan. Ooooo nasihat syaitan boleh pulak terima, nasihat manusia ni tak nak dengar padahal syaitan itulah musuh YANG NYATA bagi kamu. Susahkan bila syaitan dah menghasut, ia menyebabkan kita dah tak kisah dah apa yang Allah dah tetapkan hukum untuk kita. Semakin kita cuba nak dekatkan diri kepada Allah, semakin banyak syaitan bagi nasihat. Kalau kita tewas terhadap syaitan, alangkah malunya kita terhadap makhluk yang diicipta daripada api itu, sedangkan kita diciptakan dari tanah.

 

Orang yang nak berhijrah ni kita patut bagi sokongan dan berdoa banyak-banyak. Sekali lagi, kan dah kata, hati ini ALLAH yang pegang, jadi hati ini memandu kita sama ada penghijrahan kita itu bermakna atau tidak. Kalau bermakna, pemakaian/sikap kita semakin mengikut kehendak syariat, kalau tak bermakna, vice versa. Kita bukannya tidak boleh berubah, cuma godaan nafsu untuk lebih mencintai dunia tersangatlah kuat. Cuba pegang akhirat tapi terlepas  jua dek cinta kita terhadap dunia. Astaghfirullah hal a’zim. Benda yang tak baik pun kita masih dikaburkan lagi keburukkannya. Benda yang baik pula, baru pemikiran kita aktif bertalu-talu mencari di mana kesilapannya.

 

Aiishh, bila tengok instagram kan, betapa ramai pretty malay kat sana. Cantik tu cantik, den tak kesah do. Yang tak cantik eh kalau benda dah terang-terang melanggar syariat. Hebatkan orang kafir ni, jadikan instagram untuk kita semua post gambar-gambar sampai seseorang itu bangga diri dengan apa yang dia ada. Aku tak post gambar aku, cuma kawan aku suka tag. Itu pun gambar berdiri, lepas tu kabur, gambar beramai-ramai tapi tak posing muka comel/gedik laa… Sapa la pulak nak menjenguknya.

 

Dan, aku kalau nak post, aku akan pastikan gambar tu biasa-biasa jer, takde muka comel2, just senyum seikhlas mungkin, aurat tutup, yang tak tutup aku letak emoticon atau draw black jer, atau aku cut mana yang tak tutup. Kalau aku bergambar dengan orang yang tak pakai tudung sekalipun, aku takkan post, simpan untuk diri sendiri buat kenangan, nanti apa aku nak jawab kat akhirat? Aku pun nak selamat jugak. Lagipun, memori dengan orang yang kita sayang pekejadah nak tunjuk kat orang, kalau post pun kat wechat sebab, wechat, aku cuma kawan dengan orang yang aku kenal je. Lagipun, aku seorang pendiam, jadi, kawan tak ramai. Aku takkan bukak GPS, location nak accept orang sekitar ke apa. Harap2 pendirian aku ni tak berubah. Manusia kan… Pasti akan ada tak puas hati juga.

 

Kenapa eh? Pasti ada je benda yang tak puas hati, kenapa eh, macam tu? Tak boleh ke terima dengan positif. Kenapa teguran-teguran yang baik mesti dianggap seolah-olah orang yang menegur itu sempurna? Tak puas hati lagi? Sebenarnya, kau boleh je terima teguran dengan positif, yang tak puas hatinya syaitan kau. Bila kau nak buang syaitan tu? Mesti orang akan terfikir macam mana nak buang syaitan. Nerd! Ergghh. Itu bahasa kiasan. Maksud aku, bila kau nak buang perasaan tidak puas hati kau? Syaitan kan negatif, bahasa kiasan, bahasa sinis kena paham. Jangan nerd sangat. Aku penatlah. Tak de siapa pinta aku kisah pasal umat sekarang tapi, sebagai sesama saudara, ia membuatkan aku risau, Ya Allah, kenapa saudara aku macam ni? Palestin Syria struggle dengan peperangan disebabkan Israel kuang ajar tu, kita kat sini berperang sebab benda yang remeh temeh, benda yang tak membangun!

 

#peringatanUNTUK diri sendiri.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s