Yesterday Midnight Thought

Makin ramai sekarang orang Islam persendakan Islam kan? Tengok UR, KH ramai lagi la. Aku sebut diorang dah sebab nama diorang naik. Tapi seriously, diorang semua tak takut ke permainkan agama Islam ? KH elok dah pakai tudung sama la macam UR pi bukak pulak ?… seriously orang orang macam ni tak rasa berdosa ke persendakan agama Islam ? Dah banyak larangan Allah bab aurat tapi mereka lagi bangga tayang aurat. Aku pun tak lah sempurna tutup aurat, sesetengah kita ada je tak sempurna tutup aurat tapi takdelah bangga sangat sampai setiap aset nak tunjuk. Kadang2 ade orang dia pakai tudung selimpang macam tu tapi bila post public, dia tahu orang akan tengok, dia letak ikon bunga ke apa tutup bahagian sepatutnya supaya dosa tak berterusan. Iyelah dah post mesti lah orang tengok berterusan. The point is kat sini even though berdosa tak tutup aurat dgn sempurna at least dia tak bangga, adalah sekelumit sikit rasa malu. Mungkin dia dah titip dalam hati setiap hari, “aku nak berubah aku nak berubah jadi baik aku nak berubah jadi baik” mana kita tahu kan. Usaha masing2 menuju kebaikan hanya empunya diri dan Allah je tahu.

Tapi yang mereka2 yang langsung tak tutup aurat diorang sangat bangga eh tayang aset sendiri ? Semoga Allah kurniakan hidayah buat mereka. Amin.

Daripada nak tunjuk barang branded kat luar sampai dalam2 sekali nak tunjuk.. macam ni laa manusia, bila orang nasihat, kata kita semua buruk2, lepas tu caption “aku bukan hidup utk puaskan hati manusia” dek tak berkenan orang judge appearance padahal betul. Islam mana ade suruh pakai seksi2. Tapi bila bab2 menunjuk, semua benda nak menunjuk, dior, channel, LV , YSL bende entah, versace, gucci bagai branded nye barang, kat siapa dia tunjuk? Kat manusia jugak.

Takpelah, semoga Allah bagi hidayah kepada kita semua. Kadang2, diorang kalau dapat hidayah lagi baik daripada kita perubahannya. Tengok Mizz Nina, dulu penampilan dia sebijik orang kafir omputeh tapi lepas dia dapat hidayah, aku respect giler kat dia sebabnya perubahan 360 darjah weh. Tutup aurat sempurna, suami dia, si Noh tu pun sederhana tapi diorang mampu berkongsi ilmu agama dengan baik. Memang pendirian diorang terbaik lah. Ada orang, macam aku lah, dah baik, lepas tu jahat balik, jadi… berusaha lah setakat yang mampu. Tak boleh nak expect orang 100% perfect tak buat silap pe semua. Mesti ade slight nye.

Lainlah kalau beratus kali orang bagi nasihat kembali ke jalan yang benar tapi tak nak jugak dengar-dengar, itu tak tahu nak buat apa dah. Urus lah sendiri dengan Tuhan. Kita, umat Islam, hanya mampu menasihati jer .

Bende betul kenapa orang nak triggered ? Kalau kau rasa bende tu baik untuk kau, ikutlah yang baik. Bende baik takkan kau nak tinggalkan, ke kau masih tewas dalam dunia kau yang penuh kelekaan ?

 

Advertisements