Marah marah marah !

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam dhuha. Sempat lagi nihhh… weh aku tak puas hati betullah dengan Siti Kassim ni. Ya Allah, sabar jelah. Sudah tiba masanya hukum hudud dijalankan di Malaysia. Serious, forget about sensitivity. Other races must accept our religion. Kita tak boleh nak biarkan agama Islam kita dipermainkan sewenang-wenangnya. Negara Malaysia adalah negara Islam dan ingat, Islam tak paksa pun orang bukan Islam untuk masuk Islam. Islam mengajar untuk hidup dalam kedamaian dan keamanan. Okey, fokus, negara Malaysia adalah negara Islam. Jadi, patut rasanya hukum hudud dijalankan? Cuba kau fikir balik, aku bukan nak racist tapi aku bincang soal agama sini. Takkan aku nak ketepikan orang Islam tapi kaum lain ye tak. Kita Islam bersaudara. Okey, cuba fikir balik, kalau kau Islam, tinggal di negara orang kafir, belum tentu orang kafir akan mengiktiraf pendudukan korang. Tengok negara Eropah mana entah yang dah banned pemakaian niqab tudung kat negara diorang. Orang kafir buat macam tu, menganiaya hak orang Islam boleh.  Dah lah menganiaya hak orang Islam, menganiaya hak kemanusiaan pulak tu. Yelah, orang lain nak hidup aman pun tak boleh disebabkan agama punya pasal. Masalahnya, yang diorang gigih, beria, struggle sangat nak fikir macam mana nak hapuskan Islam ni apahal. Bukannya kau hidup lama pun. Kau mati sok, kau ingat generasi kau nak teruskan delegasi kau. Lepas tu, what, kau harap nak dapat namalah. And then, what, kau dalam tanah jugak, bukannya kau bangkit  tengok semula, apa dah jadi dengan delegasi kau. Kita semua bangkit semula, tapi bukan kat dunia dah, kat akhirat dah. Sedar diri sikit!… Kita pun boleh banned jugak lah weh orang kafir, TAPI, disebabkan kita Islam, berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, yang hanya mengajar kita untuk melakukan perkara yang murni SAHAJA, kita sebagai umat Islam yang telah diberi akal oleh-Nya, pasti dapat fikir dengan baik kan. Eh takkan tak reti guna otak kot…. Kita, Islam, menggunakan pendekatan Islam untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik. Yang si anak kasim ni pulak bantai ajak ramai-ramai serang Islam. “Adakah kau merasa dunia isinya hanya engkau yang punya!?” Hah, dandan lagu Munafik by Mawi keluar kat playlist aku.

Aku tak puas hati lagi, sebab asal Dr Zakir datang Malaysia je, ada je orang non-Muslim, cakap menyentuh sensitiviti lah apalah.. Dah kenapa? Kau tak boleh terima orang lain menyampaikan ilmu kat kau ke? Kau merasakan kau lebih hebat daripada orang lain ke? Hah, hah, lawak, lawak, tangan, kaki, mata, kau semua anggota badan kau sama je macam orang lain cuma hati je, Allah je yang tahu hati kau hitam pekat lumat ke putih berseri bersinar. Agama lain buat hal, tak ada pun Islam beria nak buat undang2 haramkan itulah inilah, agama lain dibiar je melakukan hak diorang sebab diorang manusia.

Lagi satu hal, kita, umat Islam ni pulak buat apa? Tak ada ke pihak kerajaan nak lagi perkuatkan pendekatan Islam dalam kerajaan diorang. Ke malu nak mengaku Islam? Takkan lah kot. Boleh jatuh murtad kot. Allah marah kau main-mainkan agama Islam sendiri. Jangan kata kau malu nak amalkan sunnah dan Al-Quran dalam pentadbiran kau. Otak kau sempit kalau kau kata sunnah dan Al-Quran itu ketinggalan zaman sebab kau sendiri tak kaji Al-Quran dengan Sunnah, ada hati nak kata ketinggalan zaman. Nasib baik Allah bagi otak dengan akal kat kau sekali, kalau tak, tak jadi manusia kau, tak merasa kau hidup ni macam mana bila tak ada otak, tak ada akal.

Semoga Allah memberi hidayah buat Siti Kassim dan sekutu2nya yang beragama Islam tapi mana entah aku baca (buku, bukan sosial media)… kita tak boleh doakan orang fasik… sebabnya tak berapa ingat…

Semoga Allah selamatkan hidayah kita semua muslimin muslimat sekalian. Amin. Jangan mudah terpedaya dengan omong kosong harta pangkat semua ni. Kita semua mati jugak akhirnya, harta tu buat apa? Bukannya boleh claim kat padang mahsyar pun. Ingat yer, kehidupan akhirat tu lagi banyak dugaan, sebelum lalu titian sirat, masa lalu, lepas lalu pulak, sangat detail Allah meneliti setiap perbuatan kita. Ya Allah, aku pun takut sebab aku bukannya maksum, berdosa jer sepanjang hari tapi tak bermaksud kita boleh membiarkannya. Solat taubat dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

 

Advertisements